Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tiada kenaikan tarif elektrik di Sarawak
  • SEMASA

Tiada kenaikan tarif elektrik di Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago
DATO Sri Julaihi Narawi bersama yang lain menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Darul Aman Sebangan, semalam. Foto UKAS

SEBUYAU: Sarawak tidak terlibat dalam kenaikan tarif elektrik seperti yang diumumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi.

Katanya, untuk rekod tarif bagi elektrik dan air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Sarawak.

“Kerajaan Sarawak tiada perancangan untuk menaikkan kadar tarif sedia ada,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Darul Aman Sebangan, semalam.

TNB pada Disember lepas telah mengumumkan kenaikan tarif elektrik asas sebanyak 14 peratus
bagi tempoh 2025 hingga 2027.

TNB menyatakan kenaikan perlu untuk menampung kos operasi dan pembangunan infrastruktur.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tingkat usaha pastikan tiada gangguan bekalan elektrik sepanjang Aidilfitri
Next: Percaya hanya kerajaan mampu selesai isu komuniti Penan – Gerawat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.