Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Thinaah terima ijazah TESL, diiktiraf Ikon Sukan OUM
  • SUKAN

Thinaah terima ijazah TESL, diiktiraf Ikon Sukan OUM

Utusan Sarawak 7 months ago

Thinaah bukan sahaja bergelar graduan, tetapi turut menerima Anugerah Khas Universiti: Ikon Sukan pada Majlis Konvokesyen OUM hari ini. - Foto: FB OUM

KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita negara, M. Thinaah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian atau BETESL dari Open University Malaysia (OUM).

OUM dalam hantaran di Facebook memaklumkan Thinaah bukan sahaja bergelar graduan, tetapi juga menerima Anugerah Khas Universiti: Ikon Sukan pada majlis konvokesyen universiti itu di sini hari ini.

Pada 28 Feb lepas, OUM telah memberikan Thinaah biasiswa yang merangkumi semester dari Jan 2023 hingga Mei 2024.

Thinaah yang memulakan pengajiannya di OUM pada Mei 2020, berkongsi mengenai minatnya yang mendalam terhadap bahasa Inggeris sejak kecil.

Ketika ini, Thinaah dan gandingannya, Pearly Tan menduduki ranking ketujuh dunia.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bonnie jangka pulih hujung tahun, fokus kejohanan dunia 2025
Next: Muhammad Haziq juara Maraton Kuching 2024 kategori 42km

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.