Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • The Citizen mahu empat trofi
  • SUKAN

The Citizen mahu empat trofi

Utusan Sarawak 5 years ago

Manchester City's Belgian midfielder Kevin De Bruyne (C) jumps over a challenge from Wolverhampton Wanderers' French defender Willy Boly (R) during the English Premier League football match between Wolverhampton Wanderers and Manchester City at the Molineux stadium in Wolverhampton, central England on September 21, 2020. (Photo by Marc Atkins / POOL / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or 'live' services. Online in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No video emulation. Social media in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No use in betting publications, games or single club/league/player publications. /

BERSAING… Pema in tengah Manchester City, Kevin De Bruyne (tengah) melepasi pemain pertahanan Wolverhampton Wanderers, Willy Boly (kiri) semasa saingan Liga Perdana Inggeris antara Wolverhampton Wanderers dan Manchester City di stadium Molineux di Wolverhampton.• Foto AFP

KEVIN De Bruyne berkata Manchester City ingin menamoilakn keunggulan mereka dengan memenangi keempat-empat trofi utama musim ini.

City menamatkan saingan musim lalu dengan kekecewaantatkala mereka menamatkan saiangan liga dengan 18 mata di belakang juara Liga Perdana Inggeris Liverpool dan mengalami kekalahan mengejutkan dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara kepada Lyon.

Mereka juga tewaskan di separuh akhir Piala FA  kepada Arsenal  namun memenangi Piala Liga selepas menewaskan Aston Villa.

Namun City bertekad untuk membuat perubahan musim ini dan pemain tengah dari Belgium, De Bruyne menegaskan bahawa matlamat baharu sudah ditetapkan iaitu termasuk memenangi Liga Perdana, Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Liga.

“Saya fikir motivasi tidak akan berubah jika anda menang atau anda kalah.

“Apabila anda memulakan musim baru ada aspirasi baru, anda ingin menang semaksimum mungkin dan kami ingin memenangkan segalanya.

“Bagi kami, keempat-empat (piala) ada di dalam pikiran, itulah mentalitasnya. Ini jelas sangat sukar tetapi kami memasuki hari Isnin dengan mengetahui bahawa ia akan menjadi permainan yang sangat sukar.

“Kami tidak banyak berlatih tetapi saya rasa persembahannya sangat bagus dan itu bagus untuk kami.”

City kembali beraksi pada Khamis dengan menanti kunjungan Bournemouth pada pusingan ketiga Piala Liga.

Ia diikuti dengan kunjungan Leicester  pada Liga Perdana dan De Bruyne mengakui ia adalah permulaan yang sibuk untuk musim ini.

“”Apabila melihat kesemua jadual, kami sedar akan berdepan kesukaran tetapi kami sedia menghadapinya,” katanya.

” kami sudah bersedia dan akan mempamerkan rentak permanan yang terbaik seterusnya cuba untuk menenangi perlawanan itu,”

City akan memerlukan barisan benteng pertahanan kukuh untuk mengatasi barisan serangan Liverpool setelah beberapa penampilan kurang memuaskan pada musim lalu.

De Bruyne merasakan pemain pertahanan dari Belanda, Nathan Akemenyesuaikan diri baik ketika penampilan sulungnya dengan City menentang Wolves setelah menyertai pasukan itu dari Bournemouth.

“Saya rasa dia bermain dengan sangat baik. Sangat sukar bagi pemain untuk masuk dan tidak mempunyai pra-musim dan menetap bersama mereka, kerana ada banyak perkara yang perlu anda lakukan,” kata De Bruyne .

“Tetapi dia memainkan permainan yang cemerlang, bersama dengan John (Stones), dan saya rasa sangat penting bagi mereka untuk memulakan dengan sangat baik, dan anda melihat bahawa ketika mereka memiliki banyak keyakinan, mereka boleh menjadi pemain yang sangat penting.” -AFP

Continue Reading

Previous: Manchester United tebus kekecewaan
Next: Simona Halep pilihan juara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.