Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TERUSKAN SOKONG SUPP
  • TEMPATAN

TERUSKAN SOKONG SUPP

Utusan Sarawak 4 years ago
BAGUS…. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama Dato Sri Dr. Sim Kui Hian merakamkan gambar di hadapan Riverbank Park ketika Majlis Perasmian Batu Kawa Riverbank Park di Pasar Batu Kawa, Kuching semalam. • Foto HERRIEYNAHA

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyaran agar semua masyarakat Cina terus memberi sokongan kepada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) yang akan datang.

Katanya, sokongan masyarakat Cina kepada GPS secara tidak langsung dapat membangunkan sosioekonomi Sarawak yang dapat memanfaatkan mereka sendiri.

“GPS tidak boleh berada dalam kerajaan tanpa masyarakat Cina. Dato Sri Dr Sim Kui Huan dan rakan seperjuangannya mesti ada bersama-sama untuk kita majukan negeri ini. 

“Disebabkan itu kita minta supaya masyarakat Cina memberi sokongan kepada SUPP sebagai rakan kongsi dalam GPS, dan bersama-sama kita akan membangunkan negeri kita dengan baik,” tegasnya pada Majlis Pelancaran Taman Riverbank Batu Kawah di sini, semalam.

Sementara itu kata Abang Johari, beliau dan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem pernah berbincang berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di negeri ini.

Katanya, Allahyarham turut bersetuju bahawa tidak masuk akal bagi Kerajaan Sarawak untuk tidak mengiktiraf UEC apabila universiti di Singapura, Australia dan Amerika Syarikat telah berbuat demikian.

“Kita sangat beruntung kerana mempunyai pelbagai pendekatan dalam sistem pendidikan  kerana kita mahu rakyat kita berpendidikan dan seterusnya dapat membangunkan negeri ini. Kita mempunyai masa depan yang cerah kerana kita mempunyai pemimpin yang berdedikasi.

“Saya telah melantik Dato Sri Dr Sim Kui Huan  untuk menjaga sekolah Cina dan sekarang sekolah Cina secara automatik telah mendapat dana peruntukkan berjumlah RM10 juta setiap tahun.

“Beliau (Dr Sim) setiap minggu turun padang melawat kawasan berbanding dengan ada ‘orang’ yang tidak turun padang tetapi hanya sekadar berkata-kata, ‘dia’ cakap macam-macam namun tidak menunaikan janji,” tambahnya.

Malah kata Abang Johari, pihak pembangkang turut pernah mengatakan akan mengiktiraf UEC tetapi sehingga hari ini pengiktirafan itu tidak pernah menjadi kenyataan.

“Mereka turut pernah mengatakan tentang perkongsian hasil 50-50 tetapi mana ada? Semasa ‘dia’ (Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Guan Eng)  menjadi menteri kewangan juga pernah mengatakan bahawa Sarawak akan muflis dalam tempoh tiga tahun. 

“Tetapi ini sudah masuk tahun keempat dan bukan sahaja kita tidak muflis malah kita mampu menjana pendapatan lebih untuk negeri ini,” ujarnya.

Oleh SYAMIMI HUSNA

Continue Reading

Previous: Jalan Sibu-Kapit pacu pembangunan
Next: Dr. Sim pertahankan Batu Kawah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.