Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Terserah kepada Ketua Menteri
  • TEMPATAN

Terserah kepada Ketua Menteri

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Nelson Balang Rining.

MIRI : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ba’Kelalan, Datuk Nelson Balang Rining menyerahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk menentukan sama ada beliau akan bertanding merebut semula kerusi itu daripada pembangkang dalam pilihan raya negeri Ke-12 (PRN12).

Nelson Balang yang juga Setiausaha Agung Parti Demokratik Progresif (PDP) berkata, beliau tidak menolak jika diberi tanggungjawab untuk bertanding merebut semula kerusi tersebut atas tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Segala keputusan bergantung kepada Ketua Menteri, jika beliau mahu saya bertanding, saya boleh. Jika tidak, maka saya tidak boleh.

“Persoalannya ialah adakah calon itu boleh menang atau tidak. Itu saja. Jadi segalanya bergantung kepada Ketua Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menerima surat perlantikan sebagai pengerusi baharu LAKU Management Sdn Bhd dalam satu majlis yang diadakan di sini, semalam.

Nelson memegang kerusi itu selama dua penggal sebelum digugurkan pada saat-saat akhir pada 2011, dan tempatnya diwakili Willie Liau.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Pihak pawagam perlu patuhi SOP
Next: HEP Baleh tonggak strategi pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.