Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Terpulang kepada PAS untuk bertanding pada PRN-12
  • TEMPATAN

Terpulang kepada PAS untuk bertanding pada PRN-12

Utusan Sarawak 5 years ago
LAWAT…Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melihat gambar projek jambatan semasa Lawatan Projek Pembinaan Jambatan Kampung Bintangor Baru/Lorong Bintangor Kecil/Pondok Polis Tebingan Sungai di Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Malaysia adalah sebuah Negara demokrasi, jadi terpulanglah kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) jika mahu bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12), kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat PAS Sarawak untuk meletakkan calon pada PRN-12 yang bertentangan dengan pengumuman pucuk pimpinan parti itu sebelum ini.

“Ini adalah negara demokrasi, mana-mana parti adalah bebas untuk bertanding dan jika PAS mahu bertanding pada PRN-12 nanti, ia adalah terpulang kepada mereka.

“Lagipun PRN-12 masih lama, biarlah mereka nak menyatakan apa (untuk bertanding),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan Jambatan Sungai Bintangor, Jalan Datuk Ajibah Abol di sini, semalam.

“Saya tidak tahu sama ada pengumuman bertanding tersebut adalah arahan pimpinan tertinggi parti itu. Tetapi setakat ini untuk GPS, kita sudah bersedia untuk menghadapi PRN-12,” katanya.

Terdahulu kelmarin, Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, parti itu sudah mengenal pasti beberapa kawasan untuk ditandingi pada PRN-12 dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang termasuk kawasan tradisi mereka negeri ini.

Jofri berkata, PAS akan mencalonkan anak Sarawak dari pelbagai latar belakang akademik serta aktivis masyarakat mengikut keperluan setempat dan berkebolehan membawa aspirasi anak Sarawak.

Ahad lalu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing mendedahkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas tidak akan bertanding di Sarawak dalam PRN-12.

Beliau berkata, jaminan itu dinyatakan Muhyiddin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mesyuarat pemimpin 12 parti yang membentuk kerajaan Persekutuan di Putrajaya, pada 29 Julai lalu.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Projek pembentung bakal siap
Next: Info On Wheel di Marudi berjaya dilaksanakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.