Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Terpedaya janji untung segera, lelaki lesap RM511,406 di Miri
  • JENAYAH
  • TEMPATAN

Terpedaya janji untung segera, lelaki lesap RM511,406 di Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan

MIRI: Hasrat seorang lelaki untuk menggandakan simpanannya melalui pelaburan yang dikatakan mampu memberi pulangan lumayan dalam masa singkat berakhir dengan kerugian lebih setengah juta selepas menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Mangsa berusia awal 50-an itu dipercayai diperdaya selepas berkenalan dengan individu tidak dikenali menerusi WhatsApp pada Mac lalu sebelum ditawarkan menyertai satu skim pelaburan yang kononnya menjanjikan keuntungan tinggi.

Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa kemudian membuat 25 transaksi pembayaran ke beberapa akaun bank berbeza antara 1 April hingga 24 Mei lalu dengan jumlah keseluruhan RM511,406.

Menurutnya, selepas wang dipindahkan, suspek terus meminta bayaran tambahan dengan pelbagai alasan bagi membolehkan mangsa menerima keuntungan pelaburan berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa tidak pernah menerima sebarang keuntungan sebelum menyedari dirinya telah ditipu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai iklan pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.

Orang ramai juga digalakkan membuat semakan status pelaburan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum melabur.

Selain itu, mangsa penipuan siber yang baru membuat transaksi kewangan disaran segera menghubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi tindakan lanjut.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya kepada tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan luar biasa dalam tempoh singkat serta membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa berkaitan sebelum membuat sebarang pelaburan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Perarakan rakit berhias jadi tumpuan Pesta Gawai Bidayuh Bisapug
Next: Dua lelaki ditahan dalam operasi dadah di Jalan Trusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.