Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Teroka potensi akuakultur lestari
  • TEMPATAN

Teroka potensi akuakultur lestari

Utusan Sarawak 2 months ago
SESI libat urus bersama peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat – Inisiatif Usahawan Tani (IPR-INTAN) di Pustaka Negeri Sarawak.

KUCHING: Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dengan kerjasama Rambungan Marine Aquaculture telah mengadakan sesi libat urus bersama peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat – Inisiatif Usahawan Tani (IPR-INTAN) di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini.

Program ini bertujuan meneroka potensi akuakultur lestari sebagai salah satu cara untuk menjana peluang ekonomi bagi usahawan dalam kalangan golongan B40.

Selain menyediakan latihan, inisiatif ini turut merangkumi pelbagai bentuk sokongan, termasuk kemudahan, bantuan kewangan, dan akses pasaran bagi memastikan peserta mampu menjadikan akuakultur sebagai sumber pendapatan yang mampan serta berdaya saing.

Melalui sokongan menyeluruh ini, program tersebut bukan sahaja membantu peserta mencapai kestabilan kewangan, malah memperkukuh industri tempatan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Dengan bimbingan serta latihan kemahiran yang tepat, IPR-INTAN berperanan dalam membangunkan komuniti yang lebih berdikari selain memastikan sektor akuakultur di Sarawak berkembang secara lestari dan kompetitif.- UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tumpu perhatian proses permohonan kewarganegaraan
Next: Sertai program pembelian balik minyak masak terpakai Ahad ini  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.