Terkini: Sapu bersih dua emas, polo air Sarawak terus menggegar Sukma

Facebook
WhatsApp
SKUAD polo air lelaki meraikan kemenangan mereka ke atas Selangor pada aksi final polo air pagi tadi di Pusat Akuatil Darul Ehsan, di Shah Alam.

SHAH ALAM: Dominasi Sarawak dalam acara polo air diteruskan apabila skuad lelaki negeri itu turut meraih pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) XXII Selangor 2026 selepas menewaskan tuan rumah Selangor 9-6 pada aksi final, hari ini.

Kemenangan itu melengkapkan hari gemilang buat polo air Sarawak apabila kedua-dua skuad lelaki dan wanita berjaya merangkul emas, sekali gus menyapu bersih dua pingat emas yang dipertandingkan dalam acara berkenaan.

Sarawak tampil dominan dalam aksi penentuan tersebut untuk mengekalkan kelebihan sehingga wisel penamat, sekali gus menambah satu lagi emas buat kontinjen negeri selepas skuad wanita terlebih dahulu mencipta sejarah dengan menewaskan Selangor 12-10 dalam aksi final pagi tadi.

Oleh Shahrul Qaizat