Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Terengganu: 533 penyakit HFMD direkodkan setakat 8 Mac
  • KESIHATAN

Terengganu: 533 penyakit HFMD direkodkan setakat 8 Mac

Utusan Sarawak 3 months ago
TERENGGANU merekodkan sebanyak 533 penyakit HFMD dalam tempoh 1 Januari hingga 8 Mac tahun ini.

KUALA TERENGGANU: Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Januari hingga 8 Mac lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata Kuala Terengganu mencatat jumlah kes tertinggi, iaitu 198 kes diikuti Kuala Nerus (66 kes), Setiu (57 kes), Dungun (55 kes), Marang (47 kes), Hulu Terengganu (45 kes), Kemaman (38 kes) dan Besut (27 kes).

“Jumlah kes HFMD itu meningkat 100 kes berbanding tempoh sama tahun lepas. Setakat ini sebanyak 10 kluster dilaporkan termasuk sembilan di taska dan satu di tabika. 

“Kluster dikira apabila terdapat dua atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan peningkatan kes di Terengganu, Wan Sukairi menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa agar mengambil langkah pencegahan bagi mengawal jangkitan penyakit itu.

Antaranya elak daripada membawa kanak-kanak yang mempunyai tanda jangkitan ke tempat awam dan mengamalkan langkah kebersihan di premis seperti taska dan tabika. – Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Lelaki Australia jadi individu pertama dibenar keluar hospital dengan jantung titanium
Next: Hospital Sibu terima sumbangan peralatan perubatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.