Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik terkandas di suku akhir
  • SUKAN

Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik terkandas di suku akhir

Utusan Sarawak 7 months ago

Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di suku akhir di Odense malam tadi. Foto BAM

KUALA LUMPUR: Hasrat beregu nombor satu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Denmark tidak kesampaian apabila terkandas di suku akhir di Odense malam tadi.

Pada aksi berlangsung di Jyske Bank Arena itu, beregu ranking keempat dunia tersebut dikejutkan dengan kekalahan straight set 20-22,15-21 kepada beregu ke-21 dunia dari China Chen Bo Yang-Liu Yi.

Ia juga merupakan kekalahan pertama Aaron-Wooi Yik kepada pasangan tersebut selepas menang pada pertemuan di Masters Malaysia dan Terbuka Artik pada tahun ini.

Bo Yang-Liu Yi dijadual bertemu beregu senegara Liang Wei Keng-Wang Chang di pentas separuh akhir selepas menewaskan gandingan Thailand Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-15, 18-21, 21-12 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Harapan negara kini bergantung kepada beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah untuk meneruskan perjuangan apabila turun bertarung menentang pasangan Jepun Rin Iwanaga-Kie Nakanishi di separuh akhir hari ini.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Slot beri amaran mengenai ancaman Chelsea
Next: Messi tidak tolak beraksi Piala Dunia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.