Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka AS: Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke separuh akhir
  • SUKAN

Terbuka AS: Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke separuh akhir

Utusan Sarawak 2 years ago
Sze Fei-Nur Izzuddin berjaya mengalahkan pasangan Chiu Hsiang Chieh-Yang Ming Tse dari Taiwan, 21-15, 21-19, pada kejohanan berlangsung di Pusat Mid-America, Council Bluffs, Iowa, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu lelaki kebangsaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melangkah ke separuh akhir badminton Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2023, selepas berjaya mengatasi lawan mereka di peringkat suku akhir, malam tadi.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu Sze Fei-Nur Izzuddin, yang kembali bersatu selepas berpisah pada Februari, berjaya mengalahkan pasangan Chiu Hsiang Chieh-Yang Ming Tse dari Taiwan, 21-15, 21-19, pada kejohanan berlangsung di Pusat Mid-America, Council Bluffs, Iowa.

Mereka akan berhadapan pasangan dari China Chen Bo Yang-Lu Yi, pada separuh akhir.

Pasangan pilihan kelima kejohanan itu layak ke separuh akhir selepas membuat kejutan ke atas pasangan pilihan kedua kejohanan dari Perancis Lucas Corvee-Ronan Labar, 21-17, 23-21. – Bernama

Continue Reading

Previous: SABA bakal anjur Kejohanan Tinju Terbuka 19-26 Ogos depan
Next: Kejohanan olahraga Asia tutup tirai, Malaysia hanya raih satu gangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.