Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Terapkan nilai kasih sayang, murah hati
  • TEMPATAN

Terapkan nilai kasih sayang, murah hati

Utusan Sarawak 2 months ago
KEBERKATAN RAMADAN… Dato’ Sri Fadillah Yusof pada Majlis Iftar Jamaie Petra Jaya di Masjid Al-Ghazali, Jalan Depo, Kuching hari ini.
-Foto kredit JaPen 

KUCHING: Seramai 136 penerima yang terdiri daripada 91 anak-anak dari Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah serta 45 pelajar tahfiz Madrasah Darul Uloom Islamiyah dan Madrasah Bidayatul Muhtadin menerima sumbangan duit raya dalam Majlis Iftar Jamaie Petra Jaya di Masjid Al-Ghazali, Jalan Depo, hari ini.  

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof, yang turut meluangkan masa menunaikan solat Maghrib secara berjemaah serta berbuka puasa bersama kanak-kanak dan pelajar tahfiz.  

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan nilai ihsan dan kasih sayang dalam Islam sebagai asas keharmonian masyarakat.  

“Islam mengajar umatnya untuk saling membantu dan berkasih sayang tanpa mengira latar belakang.  

“Melalui kerja kebajikan dan sedekah, kita bukan sahaja membersihkan harta tetapi juga mendekatkan diri kepada Allah SWT,” katanya.  

Majlis Iftar Jamaie NEXGEN Petra Jaya merupakan program tahunan anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen bersama Nexgen Petra Jaya sepanjang Ramadan.  

Penganjuran tahun ini merupakan edisi keempat dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Ghazali.  

Turut hadir, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ir. Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie, Pengerusi Masjid Al-Ghazali, Sumardi Ghazalee, Pengetua Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Mohamad Iskandar Mohammed Tudin serta Pengasas dan Pengelola Madrasah Darul Uloom Islamiyah dan Madrasah Bidayatul Muhtadin, Afendi Julaihi.  

Continue Reading

Previous: Jadikan al-Quran pedoman hidup
Next: Pelan Induk Elektrik Sarawak 2025-2030 dikaji semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.