Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tentera darat Malaysia-Australia adakan latihan bersama menerusi HARINGGAROO
  • SEMASA

Tentera darat Malaysia-Australia adakan latihan bersama menerusi HARINGGAROO

Utusan Sarawak 7 months ago

KERJASAMA... Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Australia (TDA) akan melaksanakan latihan bersama menerusi Eksesais HARINGGAROO Siri 74/2024 yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 31 Oktober 2024.  

KOTA SAMARAHAN: Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Australia (TDA) akan melaksanakan latihan bersama menerusi Eksesais HARINGGAROO Siri 74/2024 yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 31 Oktober 2024. 

Menurut kenyataan Markas 1 Divisyen, latihan ini melibatkan Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (TDM) dan Rifle Company Butterworth (TDA).

Kedua-dua pasukan akan terlibat secara aktif dalam mempertingkatkan keupayaan ketenteraan dan kerjasama strategik.

Katanya, latihan ini akan dilaksanakan di kawasan sekitar Sibu, Stapang, dan Nanga Sekuau. 

“Pengguna jalan raya serta pemilik ladang dan kebun dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti seperti pemburuan dan aktiviti lain di kawasan latihan bagi memastikan keselamatan sepanjang eksesais berlangsung,” katanya. 

Panglima 9 Briged Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun, menekankan bahawa tujuan utama Eksesais HARINGGAROO adalah untuk memperkukuh hubungan silaturrahim antara Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Australia. 

“Latihan ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan keupayaan taktikal kedua-dua pasukan tetapi juga mempereratkan hubungan Malaysia dan Australia melalui latihan,”katanya. 

Beliau turut menasihati penduduk setempat dan komuniti di kawasan sekitar latihan agar memberi kerjasama penuh sepanjang tempoh latihan dijalankan. 

“Warga tempatan dan penduduk kampung di kawasan sekitar latihan dimohon untuk memberi kerjasama yang baik kepada pasukan tentera yang sedang berlatih, “katanya. 

Continue Reading

Previous: Sarawak bangunkan sistem untuk saring pengambilan pekerja 
Next: Premier Sarawak dahului 1,376 penerima darjah kebesaran Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.