LAWAS: Ingat ular sawa… tetapi rupanya seekor tenggiling.
Keadaan itu menyebabkan sekeluarga terkejut apabila menyangka ular masuk ke dalam rumah dan terus meminta bantuan bomba untuk menangkapnya.
Bagaimanapun, apabila anggota bomba tiba di lokasi dan membuat pemeriksaan, rupanya seekor tenggiling seberat 10 kilogram, bukan ular sawa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan sekitar jam 12.14 tengah hari mengenai kehadiran ‘ular sawa’ berkenaan di dalam rumah pengadu.
“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati seekor tenggiling telah masuk ke dalam rumah penggadu.
“Pasukan bomba bertindak mencari dan menangkap tenggiling itu menggunakan penjerut sehingga berjaya dan seterusnya dilepaskan ke habitat asal,” katanya hari ini.
Oleh ADENG EDRUS