Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tempoh penutupan jalan dilanjutkan hingga 30 Mac
  • Tengah
  • WILAYAH

Tempoh penutupan jalan dilanjutkan hingga 30 Mac

Utusan Sarawak 3 months ago
TERUS DITUTUP… Peta menunjukkan penutupan jalan dan laluan alternatif di hadapan Doremart, Bintulu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja utiliti HDD dalam pembinaan jejambat Medan Jaya.

BINTULU: Tempoh penutupan jalan di hadapan Doremart kini dilanjutkan hingga 30 Mac bagi memberi laluan kepada kerja-kerja utiliti Horizontal Directional Drilling (HDD).

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), pelanjutan tersebut diperlukan sebagai sebahagian daripada pembinaan jejambat Medan Jaya, yang mengalami beberapa kekangan teknikal tidak dijangka.

Bagi mengurangkan kesan terhadap aliran trafik, laluan alternatif telah disediakan bagi memastikan akses ke Doremart, Medan Jaya Commercial Centre dan Meridian tidak terjejas sepenuhnya. 

“Kami menasihati semua pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan lebih awal, mematuhi laluan lencongan yang telah ditetapkan dan bersedia menghadapi kemungkinan kelewatan di kawasan tersebut.

“Kami amat menghargai kesabaran dan kerjasama anda dalam usaha meningkatkan infrastruktur Bintulu,” kata kenyataan itu.

Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perkukuh kerjasama pengurusan jenazah
Next: Cemas tanah runtuh di belakang rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.