Tayar pesawat pecah ketika mendarat di India namun semua penumpang dan kru selamat

Facebook
WhatsApp
PESAWA Alliance Air yang mengalami tayar sebelah kiri pecah ketika mendarat di Lapangan Terbang Bilaspur, Chhattisgarh, India, pada Jumaat. Foto AGENSI

NEW DELHI: Sebuah pesawat penumpang domestik yang tayarnya pecah ketika mendarat di sebuah lapangan terbang di Bandar Bilaspur, Negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Jumaat, lapor Xinhua memetik seorang pegawai Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India.

Bagaimanapun, kesemua 41 individu, termasuk empat anak kapal dan 37 penumpang, selamat dan  dibawa keluar dari pesawat berkenaan, menurut pegawai itu.

Tayar sebelah kiri pesawat milik syarikat penerbangan “Alliance Air” itu pecah  sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang berkenaan. Punca tayar pecah masih belum dapat dipastikan, kata pegawai itu lagi.- Bernama-Xinhua