TAWARAN GEDONG DIPERTIMBANGKAN

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
KUKUH BERSAMA DEMI RAKYAT… Dato Sri Nancy Shukri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Datuk Mohd Naroden Majais, Datuk Sri Abdul Karim Ramman Hamzah bergambar semasa Majlis Pecah Tanah Jalan Lubok Teranggas Ke Gedong bertempat di Dewan Terbuka Gedong.• Foto HERRIEY NAHA

GEDONG: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mempertimbangkan untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada penyandang kerusi DUN Gedong iaitu Datuk Mohd Noraden Majais atas tawaran yang diberikan untuk bertanding di kawasan tersebut bagi Pilihan Raya Negeri ke-12 kali ini.

“Terima kasih kepada Noraden (Datuk Mohd Noraden Majais) kerana memberi ruang kepada saya untuk pindah tetapi saya belum tahu lagi pindah ke tidak.

“Sebenarnya, sebagai Ketua Menteri saya melihat semua kawasan sama ada Gedong, Simunjan, Satok, Petra Jaya dan semuanya.

“Jadi Noraden bercakap seperti ini, hendak ditolak susah juga, diterima susah juga…jadi saya akan mempertimbangkannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Jalan Lubok Teranggas ke Gedong, semalam.

Tambahnya, beliau akan membincangkan tawaran tersebut dengan penduduk Satok alasan untuk berpindah.

“Saya akan sembahyang hajatlah…Jika jodoh bertemulah. Terima kasih Naroden dan Nancy. Saya minta bantuan Naroden agar membantu sudut perancangan,” katanya lagi.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Ilmu, AI penentu kemajuan masa depan

SIBU: Kekayaan sumber semula jadi bukan lagi jaminan kejayaan sesebuah negara pada masa depan, sebaliknya ilmu pengetahuan, teknologi dan kecerdasan