Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan Nisarga badai Mumbai
  • GLOBAL

Taufan Nisarga badai Mumbai

Utusan Sarawak 5 years ago
TAUFAN Nisarga yang membawa angin dengan kelajuan 120 kilomter sejam pada Rabu itu
dikategorikan sebagai siklon tahap empat.• Foto AFP

MUMBAI: Ribut taufan dari Laut Arab mula membadai pantai barat India dan bandar Mumbai sehingga memaksa puluhan ribu penduduknya dipindahkan.

Menurut Ketua Pengarah Pasukan Tindak Balas Bencana Nasional negara, Satya Narayan Pradhan taufan tersebut bergerak melalui laluan yang diramalkan dan semua persiapan sudah dilakukan.

Taufan Nisarga yang membawa angin dengan kelajuan 120 kilometer sejam pada Rabu itu dikategorikan sebagai siklon tahap empat berdekatan bandar Alibagh, 98 kilometer dari selatan Mumbai.

Rakaman yang dirakam di Maharashtra memaparkan keadaan angin kencang sehingga menyebabkan pokok tumbang dan laut bergelora.

Ini merupakan taufan terburuk sejak berpuluh tahun lalu, yang membadai bandar dengan kepadatan penduduk sehingga 20 juta orang.

Keadaan itu lebih membimbangkan susulan penularan Covid-19 di negara itu.

Sebelum ini, taufan Amphan membadai negara itu dan Bangladesh dua minggu lalu sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 100 kematian.-AFP

Continue Reading

Previous: 34 kes baharu disahkan
Next: Kanak-kanak cipta mesin basuh tangan tanpa sentuhan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.