Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Taste of Borneo 4.0 raikan kepelbagaian budaya, angkat imej Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Taste of Borneo 4.0 raikan kepelbagaian budaya, angkat imej Miri

Utusan Sarawak 4 hours ago
Majlis perasmian Taste of Borneo 4.0 disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin bersama tetamu kehormat.

MIRI: Lebih daripada sekadar pesta kebudayaan, Taste of Borneo 4.0 menjadi platform yang menyatukan pelbagai kaum dan etnik di bawah satu identiti Sarawak, sekali gus memperkukuh kedudukan Miri sebagai pintu masuk pelancongan budaya bertaraf antarabangsa.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, penganjuran karnival itu mencerminkan semangat perpaduan rakyat berbilang kaum di negeri ini, selain menjadi medium untuk memelihara warisan budaya agar terus diwarisi oleh generasi akan datang.

Menurut beliau, Sarawak yang dihuni lebih 30 kumpulan etnik dengan kepelbagaian bahasa, adat resam, pakaian tradisional, muzik dan tarian memiliki khazanah budaya yang menjadi antara kekuatan utama negeri ini.

“Keistimewaan Sarawak bukan hanya terletak pada kepelbagaian budaya, tetapi juga pada semangat saling menghormati, memahami dan hidup secara harmoni dalam kalangan rakyat berbilang kaum yang perlu terus dipelihara,” katanya ketika berucap pada Majlis Perarakan Kebudayaan sempena Taste of Borneo 4.0 di sini, malam ini.

Lee berkata, perarakan kebudayaan yang menghimpunkan pelbagai etnik di Sarawak dalam satu perarakan berwarna-warni melambangkan perpaduan yang kukuh, selain menjadi mesej kepada dunia bahawa rakyat negeri ini mampu hidup bersama dalam suasana aman dan saling menghormati walaupun berbeza latar belakang.

Beliau turut memuji penglibatan aktif golongan muda dalam festival berkenaan yang disifatkan sebagai petanda positif terhadap usaha memelihara warisan budaya untuk generasi akan datang.

Katanya, budaya hanya akan terus hidup sekiranya generasi muda memahami, menghargai dan berbangga dengan akar budaya masing-masing sebelum diwariskan kepada generasi seterusnya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan Miri sebagai bandar yang unik kerana menghimpunkan hampir semua etnik utama di Sarawak. Selain itu, Miri juga merupakan pintu masuk ke utara Sarawak dan Borneo, pusat industri minyak dan gas negara, bandar peranginan serta destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kempen derma darah bantu tingkat bekalan Hospital Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.