Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tarikh pelaksanaan pengapungan harga ayam, telur diumum 30 Oktober ini
  • NASIONAL

Tarikh pelaksanaan pengapungan harga ayam, telur diumum 30 Oktober ini

Utusan Sarawak 2 years ago
MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Muhammad Sabu melawat reruai pameran sempena Pra Pelancaran Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kebangsaan Tahun 2023 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, semalam. Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Datuk Mahfuz Omar. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Tarikh pelaksanaan pengapungan harga ayam dan telur akan diumumkan dalam satu sidang media yang akan diadakan pada 30 Oktober ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. 

Beliau berkata, ketika ini pertemuan dan perbincangan masih dijalankan dengan industri pengeluar bagi kedua-dua sumber protein itu yang diketuai ketua setiausaha kementerian berkenaan supaya harga nanti berada dalam keadaan yang kenaikannya tidak begitu mendadak.

“Langkah ini (pengapungan) sama ada untuk jangka panjang atau jangka pendek ia bergantung kepada keadaan, tetapi kalau boleh biarlah pasaran yang tentukan harga…kita tidak boleh jamin sampai bila sebab kita tidak tahu suasana dunia sekarang dengan perubahan iklim berlaku begitu ketara,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis prapelancaran sambutan Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di sini, semalam. 

Katanya sidang media itu kelak akan diadakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pada pembentangan Belanjawan 2024 Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan menimbang untuk mengapungkan harga telur dan ayam tidak lama lagi selepas trend semasa menunjukkan bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan itu membolehkan pasaran tempatan dapat berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran.

Mengenai sambutan HPPNK 2023, Mohamad berkata ia akan diadakan di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak bermula 10 hingga 12 November ini dan perasmiannya oleh Perdana Menteri pada 11 November.

Beliau berkata dengan tema ‘Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan’, sambutan kali ini akan memfokus kepada aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi sektor pertanian yang diterjemah melalui Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) bagi memperkasa peladang, penternak dan nelayan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan akan bincang harga susulan India lulus eksport 170,000 tan beras ke Malaysia
Next: Semua negeri diminta bagi kerjasama laksana Banci Pertanian 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.