Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tang Jie-Ee Wei mahu cipta legasi seperti Chong Wei
  • SUKAN

Tang Jie-Ee Wei mahu cipta legasi seperti Chong Wei

Utusan Sarawak 4 hours ago
OLAHRAGAWAN Kebangsaan Chen Tang Jie dan Olahragawati Kebangsaan Toh Ee Wei bergambar bersama selepas menerima anugerah pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2025 di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara (ASN) 2025 menyifatkan pengiktirafan tersebut hadir bersama tanggungjawab besar untuk terus menjadi contoh terbaik kepada generasi muda.

Tang Jie, atlet kelahiran Ipoh, Perak itu turut mengimbau detik beliau membesar dengan menjadikan legenda badminton negara Datuk Seri Lee Chong Wei sebagai idola dan sumber motivasi untuk berjaya di pentas antarabangsa.

“Saya berharap dapat menjadi ikon untuk generasi muda. Jadi, saya perlu buat lebih baik dan kita pun dari kecil tengok Datuk Seri Lee Chong Wei meraih banyak pencapaian sehingga jadi wira serta antara ikon untuk rakyat Malaysia.

“Jadi saya dan Ee Wei juga mahu melakukan lebih baik, macam beliau,” katanya pada sidang media selepas ASN 2025 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di sini hari ini.

Terdahulu, penyampaian anugerah itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gandingan Tang Jie-Ee Wei yang kini menghuni ranking keempat dunia, mencipta sensasi selepas melakar sejarah apabila menamatkan penantian 48 tahun Malaysia untuk meraih gelaran dunia beregu campuran selepas muncul juara Kejohanan Badminton Dunia di Paris, Perancis tahun lepas.

Sementara itu, Tang Jie turut menyifatkan kejayaan atlet negara dalam pelbagai sukan membuktikan semangat juang tinggi rakyat Malaysia meskipun negara memiliki populasi lebih kecil berbanding kuasa besar sukan dunia.

“Sebenarnya saya rasa bukan badminton sahaja, semua sukan di Malaysia luar biasa. Negara kita kecil jika dibandingkan dengan negara lain, tetapi semangat dalam sukan itu saya rasa lebih tinggi.

“Mungkin negara lain ada 1,000 atlet, kita hanya ada tiga atau empat orang, tetapi Malaysia masih boleh meraih pencapaian dalam pelbagai sukan,” katanya.

Pada majlis anugerah itu, jaguh para berbasikal Mohammad Yusof Hafizi Shaharuddin dan atlet para renang Lim Carmen, masing-masing dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan.

Pemenang bagi kategori Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan serta Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan masing-masing menerima piala, piala iringan, sijil penghargaan dan hadiah wang tunai RM20,000.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pemuda PBB Bukit Sari angkat sukan tradisi gasing untuk generasi muda
Next: DUN: Sarawak peruntuk RM636.5 juta pastikan persiapan Sukan SEA 2027 lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.