Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tang Jie berharap Wen Tse kekal semangat, fokus latihan
  • SUKAN

Tang Jie berharap Wen Tse kekal semangat, fokus latihan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
CHAN Wen Tse.

KUALA LUMPUR: Walaupun hanya berpeluang bergandingan dalam tiga kejohanan, pemain beregu campuran negara Chen Tang Jie berharap pasangannya, Chan Wen Tse akan terus menunjukkan komitmen tinggi dalam latihan tanpa mengira siapa gandingannya selepas ini.

Ini kerana Tang Jie akan kembali bergandingan bersama Toh Ee Wei bermula pada Kejohanan Terbuka Singapura dari 27 Mei hingga 1 Jun ini.

“Saya harap dia (Wen Tse) boleh teruskan apa yang dia buat sebulan bersama saya. Jika kita tidak teruskan latihan, kita tidak akan dapat apa-apa.

“Saya harap siapapun pasangan dia (selepas ini), saya akan tolong dia. Kalau mereka minta bantu, pastinya saya akan bantu,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (BAM), Bukit Kiara di sini hari ini.

Tang Jie menyifatkan Wen Tse sebagai seorang yang profesional serta memiliki potensi besar untuk muncul sebagai antara pemain terbaik negara pada masa hadapan.

Tang Jie juga mengakui perasaan gementar yang mungkin dialami Wen Tse adalah sesuatu yang wajar untuk beraksi di kejohanan Terbuka Taiwan (6–11 Mei), Terbuka Thailand II (13–18 Mei) dan Malaysia Masters (20–25 Mei).

Sebelum ini, Tang Jie merupakan pasangan tetap kepada Ee Wei namun pada 28 Mac lepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan gandingan itu dipisahkan bagi memberi ruang kepada pasukan kejurulatihan mencuba kombinasi baharu susulan ketegangan dalam hubungan mereka sejak temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun pada Rabu lepas, BAM mengesahkan Tang Jie dan Ee Wei akan kembali digandingkan susulan permintaan daripada kedua-dua pemain serta hasil perbincangan menyeluruh antara barisan kejurulatihan dan pemain.

Tang Jie dan Ee Wei juga berada dalam senarai pemain negara yang akan beraksi pada Piala Sudirman 2025 di Xiamen, China pada 27 April hingga 4 Mei ini. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Cadangan 10 gelanggang pickleball tertutup di Bukit Lima
Next: Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu tampil lebih garang di LA28

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.