Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tandas awam jadi sasaran pencuri
  • TEMPATAN
  • Utara
  • WILAYAH

Tandas awam jadi sasaran pencuri

Utusan Sarawak 2 months ago

KEMUDAHAN awam di Tandas Pavilion Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu rosak serta hilang akibat perbuatan vandalisme dan kecurian.

BINTULU: Tandas Awam Pavilion di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu@Lasar Kenyalang menjadi sasaran kecurian oleh individu tidak bertanggungjawab pada hujung minggu lalu.

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam dan melibatkan kehilangan beberapa komponen penting di kedua-dua tandas lelaki dan perempuan.

Antara barangan yang dicuri termasuk lapan unit pili air sinki jenis logam, dua unit hos air serta satu unit peletak tisu jenis logam.

“Laporan polis telah dibuat pada 7 April lepas bagi tindakan lanjut,” katanya.

BDA turut memaklumkan bahawa langkah mempertingkat pemantauan keselamatan di kawasan berkenaan akan diambil segera bagi mencegah kejadian berulang.

“Pihak kami memandang serius insiden ini dan akan mempertingkat pemantauan keselamatan di kawasan berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak berkuasa.

“Marilah kita bersama-sama memelihara kemudahan awam demi kesejahteraan komuniti,” ujar kenyataan itu.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Parit disimen sepenuhnya jejas sistem saliran, sukarkan kerja penyelenggaraan
Next: RM10,000 rebutan johan pertandingan pintu gerbang sempena Aidilfitri tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.