Sarang tebuan bawah bumbung dimusnahkan bomba

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba memusnahkan sarang tebuan di Jalan KJD, Sungai Rayah. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Sarang tebuan yang berada pada ketinggian kira-kira 6.10 meter di bawah bumbung di Jalan KJD, Sungai Rayah telah dimusnahkan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.29 petang, baru-baru ini.

“Respons dengan panggilan kecemasan, lima anggota bomba diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Wan Azri Adannan digerakkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati terdapat sarang tebuan berukuran kira-kira 30 sentimeter (cm) ukur lilit berada pada ketinggian lebih kurang 6.10 meter di bawah bumbung,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, operasi bermula pada 4.43 petang selepas penilaian awal dilakukan bagi menentukan kaedah sesuai untuk memusnahkan sarang tersebut.

“Komander operasi membuat penilaian awal dan mengarahkan anggota bomba menggunakan pakaian perlindungan diri (PPE) dan peralatan khas untuk memusnahkan sarang serangga berbisa sehingga berjaya,” katanya.

Tambahnya, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memusnahkan sarang tebuan.

“Khidmat khas pasukan bomba dilokasi selesai sepenuhnya pada 4.58 petang,” katanya.

Oleh Earl Anek