TATAU: Anak pokok durian seperti Musang King, Johor Mas dan Black Thorn beserta baja bakal diagihkan kepada penerima menerusi Facilitation Fund di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai berkata, Pengagihan bantuan tersebut akan dilakukan segera sekiranya sudah mendapat bekalan anak benih yang mencukupi.
“Pemilihan varieti durian tersebut adalah kerana harga dan permintaan yang tinggi di pasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Ziarah UKAS sempena Perasmian Rumah Biro Wanita JKKK Rumah Bigat anak Tanggai, Sungai Arip.
Menurut John Sikie, sektor pertanian mempunyai pontensi cerah dalam melonjak pembangunan ekonomi di kawasan terbabit.
“Walaupun jumlah anak pokok yang diberikan tidak banyak namum jika ia dijaga dengan rapi pastinya akan mendatangkan pendapatan yang lumayan untuk satu satu musim,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau meminta setiap Tuai Rumah untuk mengemaskini profile kampung di Pejabat Daerah Tatau.
“Misalnya senarai pintu jika berlaku sebarang perubahan harus dikemaskini dan ini bertujuan memudahkan sebarang bantuan disalurkan agar tiada yang tercicir dari mendapatkan bantuan contohnya semasa pengagihan bantuan makanan semasa Covid 19,” katanya.
Semasa program tersebut, seramai 30 penerima terdiri daripada warga emas dan OKU dari kawasan Ulu Arip menerima sumbangan bantuan makanan daripada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Turut Hadir pada majlis tersebut Senator Rita anak Insol dan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, Edwin Banta.
Oleh Ellie Edward