Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah susur, tiga pintu rumah panjang terjejas
  • WILAYAH

Tanah susur, tiga pintu rumah panjang terjejas

Utusan Sarawak 4 months ago

Pihak APM melakukan kerja pemantauan tanah susur di Rumah Panjang Kiong, Sungai Anggau, Sunny High. 

KAPIT: Tiga pintu Rumah Panjang Kiong, Sungai Anggau, Sunny High di sini terjejas berikutan berlaku kejadian tanah susur awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kapit, Kapten (PA) Mohamad Noor Ini berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang pengadu pada jam 8.30 pagi mengenai kejadian tersebut.

“Pengadu melaporkan berlakunya tanah susur dan membawa kami ke lokasi untuk membuat pemantauan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Setibanya di lokasi, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah membuat pemantauan di kawasan yang terjejas.

“Rumah panjang ini mempunyai tujuh pintu, namun hanya tiga pintu sahaja yang terjejas,” tambahnya.

Beliau turut menasihati penduduk di rumah panjang berkenaan agar sentiasa berwaspada bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sepanjang penugasan dijalankan, tiada insiden buruk dilaporkan.

Continue Reading

Previous: Penduduk kena berjaga-jaga, tanah gelongsor berlaku di belakang rumah panjang
Next: Tingkatkan kesedaran pengguna jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.