Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah runtuh: Laluan lencongan sementara dibuka
  • WILAYAH

Tanah runtuh: Laluan lencongan sementara dibuka

Utusan Sarawak 3 months ago

KAPIT: Penduduk yang terjejas akibat tanah runtuh di Jalan Song/Sipan-Temalat kini boleh menarik nafas lega apabila laluan lencongan sementara telah dibuka bagi memulihkan akses ke kawasan berkenaan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan, dalam satu hantaran di Facebook petang ini memaklumkan bahawa jalan yang terputus awal pagi tadi kini boleh digunakan semula. 

“Selepas banyak usaha, akhirnya Jalan Temalat boleh digunakan kembali. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan,” katanya. 

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa laluan lencongan tersebut telah siap sepenuhnya pada jam 5.30 petang tadi.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu dengan berhati-hati dan mematuhi semua arahan lalu lintas yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu. 

Dengan pembukaan laluan lencongan sementara ini, penduduk setempat kini dapat meneruskan perjalanan mereka dengan lebih lancar sementara kerja-kerja pemulihan jalan utama giat dijalankan. 

Continue Reading

Previous: (Kemaskini) Banjir: Keadaan di Tatau semakin meruncingkan
Next: PPS Bau kini menempatkan 21 mangsa banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.