Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tanah runtuh di Kampung Tabuan Tengah
  • TEMPATAN

Tanah runtuh di Kampung Tabuan Tengah

Utusan Sarawak 4 years ago
LAWATAN…Dr. Hazland Abang Hipni ketika mengadakan lawatan kawasan ke tanah runtuh di Kampung Tabuan Tengah baru-baru ini.

KUCHING: Kekerapan hujan lebat dan struktur tanah mendap antara punca berlaku kejadian tanah runtuh di Kampung Tabuan Tengah di sini, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni berkata, keadaan ini telah menyebabkan struktur tanah menjadi mendap lalu menyebabkan tanah runtuh di kawasan itu.

“Syukur Alhamdulillah dalam kejadian malang itu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang berlaku.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah Kuching dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tabuan Tengah telah turut serta dalam membantu dan mengambil tindakan pantas dengan memasang plastik Geotextile di seluruh kawasan bukit,” katanya ketika demikian selepas melawat kawasan tanah runtuh di Kampung Tabuan Tengah baru-baru ini.

Beliau mengulas lanjut, pembinaan tembok konkrit sedang dirancang untuk dibina di kawasan tanah bukit itu bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang kembali.

“Sebuah tembok konkrit akan dibina di kawasan itu bagi mempertahankan tanah bukit dari terus terhakis akibat air hujan yang mengalir berterusan.

“Untuk masa terdekat ini, kawasan tersebut akan ditutup dengan plastik Geotextile bagi menahan dan menghalang tanah daripada terus terhakis,” jelasnya.

Oleh Jeakqleyn Yacho

Continue Reading

Previous: 20 individu dikompaun ingkar SOP
Next: Rezeki ‘sepit biru’ di Sg. Sibuti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.