Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah runtuh di hadapan Rumah Nyair Brayang Baru akibat hujan berterusan
  • Tengah
  • WILAYAH

Tanah runtuh di hadapan Rumah Nyair Brayang Baru akibat hujan berterusan

Utusan Sarawak 4 months ago

ROBAN: Hujan lebat berterusan telah mengakibatkan berlakunya tanah runtuh di hadapan Rumah Nyair Brayang Baru di sini, pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, pihaknya telah menerima panggilan Tuai Rumah Nyair sekitar 9.00 pagi berhubung kejadian tersebut.

“Setibanya dilokasi kejadian, anggota APM terus melakukan pemantauan di tempat kejadian. Menurut penduduk rumah panjang, tanah susur berlaku di hadapan rumah panjang disebabkan hujan berterusan dan fenomena air pasang besar berlaku.

“Jarak anggaran tanah susur tersebut setinggi lima meter dari atas sampai bawah runtuhan,” katanya.

Katanya, tanah runtuh tersebut akan lebih teruk lagi sekiranya hujan berterusan.

“Anggota yang bertugas menasihati penduduk rumah panjang agar sentiasa lebih berhati-hati dan sentiasa mengawasi penduduk rumah panjang agar tidak mendekati kawasan tersebut.

“Penduduk rumah panjang juga diminta untuk menghubungi talian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Saratok di talian 083-436094 atau 0113-1413012 sekiranya berlaku kes kecemasan,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Air naik di SK Kubong, Limbang
Next: Hujan lebat, fenomena air pasang besar di Sibu dijangka berterusan hingga Sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.