Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah runtuh berlaku di bahagian belakang rumah panjang di Julau
  • WILAYAH

Tanah runtuh berlaku di bahagian belakang rumah panjang di Julau

Utusan Sarawak 3 months ago

Anggota bomba menunjukkan lokasi tanah runtuh di rumah panjang di Nanga Lijan, Julau.

JULAU: Sebuah rumah panjang di Nanga Lijan, Julau terjejas dalam satu kejadian tanah runtuh hari ini, mengakibatkan bahagian tandas di dua bilik rumah panjang itu rosak.  

Menurut kenyataan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Sarawak, Mahmudin Narudin, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 10.27 pagi sebelum menghantar anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 22 kilometer dari balai.  

Katanya, dua anggota bomba menaiki jentera Toyota Hilux tiba di lokasi pada jam 10.50 pagi dan mendapati tanah runtuh berskala kecil telah berlaku, melibatkan kawasan berukuran lima meter panjang dan tiga meter lebar. 

“Tanah runtuh tersebut telah menimpa bahagian tandas yang terletak di belakang rumah panjang berkenaan, khususnya bilik bernombor 9 dan 10.  

” Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Haron Jenai, mengarahkan pemasangan sawar-sawar keselamatan serta menasihati penduduk rumah panjang agar berwaspada terhadap sebarang kemungkinan pergerakan tanah susulan.  

“Operasi yang turut dibantu oleh tiga anggota polis itu berjaya dikawal pada jam 1.18 petang,”katanya.

Continue Reading

Previous: Sentiasa waspada, cuaca tidak menentu – Adam Yii
Next: Banjir: 34 PPS dibuka untuk 1,823 mangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.