Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tanah runtuh, 3 mangsa berjaya diselamatkan
  • TEMPATAN

Tanah runtuh, 3 mangsa berjaya diselamatkan

Utusan Sarawak 2 years ago

Mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita tidak mengalami apa-apa kecederaan berjaya diselamatkan oleh pihak bomba awal pagi tadi.

KUCHING: Tiga mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak bomba dalam satu kejadian tanah runtuh membabitkan sebuah rumah di Kampung Surabaya di sini, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi(PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada 2.30 pagi dan tiba ke lokasi kejadian, 3.14 pagi.

“Enam minit kemudian, kesemua mangsa berjaya dibawa keluar oleh pihak bomba melalui tingkap rumah mangsa tersebut kerana akses ke pintu utama telah runtuh.

“Mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya.

Kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada ketua kampung untuk tindakan selanjutnya.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: SPA buka tiga pusat temu duga di Sarawak
Next: Kampung Tanjung Datu, Opar dilanda banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.