Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah gelongsor, penduduk dinasihat berhati-hati
  • Tengah
  • WILAYAH

Tanah gelongsor, penduduk dinasihat berhati-hati

Utusan Sarawak 6 months ago

PANTAU....Anggota bomba menjalankan pemantauan tanah runtuh di Rumah Louis Labu, Nanga Lasi. Foto: BBP Bintangor 

BINTANGOR: Kejadian tanah gelongsor telah berlaku di bahagian longkang berhampiran Rumah Louis Labu, Nanga Lasi, Khamis lalu. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.38 tengah hari. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, dua anggota bomba bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, anggota bomba menjalankan pemantauan tanah runtuh di bahagian longkang berhampiran rumah panjang tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita. 

Katanya, anggota bomba turut memasang tali sawar-sawar di sekitar kawasan tanah gelongsor.

“Penduduk rumah panjang dinasihati untuk sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca. 

“Mereka dinasihatkan supaya segera melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya berlaku kecemasan akibat hujan berterusan,” katanya.

Pemantauan di lokasi tanah runtuh selesai dijalankan dalam tempoh lebih kurang 47 minit. 

Continue Reading

Previous: Bomba Sarikei periksa alat keselamatan kebakaran di enam premis
Next: Ubah cara bertani, untuk tingkat hasil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.