Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib dikurnia gelaran Profesor Diraja
  • NASIONAL

Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib dikurnia gelaran Profesor Diraja

Utusan Sarawak 7 months ago
YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan bergambar kenangan bersama penerima watikah pelantikan profesor diraja, tokoh intelek Islam, Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas (duduk) di Istana Negara, hari ini. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri). FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan profesor diraja kepada tokoh intelek Islam Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Istana Negara di sini.

Syed Muhammad Naquib, 93, menerima pengiktirafan gelaran tertinggi dalam kalangan profesor itu berikutan jasa serta sumbangan beliau terhadap negara terutama dalam pendidikan Islam.

Turut hadir menyaksikan majlis watikah pelantikan itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. 

Syed Muhammad Naquib merupakan pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) dan  seorang tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari yang amat disegani serta dihormati di dalam dan luar negara. 

Beliau telah memperkenalkan gagasan Islamisasi ilmu yang diterapkan dalam pelbagai cabang pengetahuan merangkumi pendidikan agama, sejarah, falsafah, teologi, metafizik, filologi, semantik, sastera dan seni.

Profesor diraja gelaran tertinggi yang dianugerahkan kepada seseorang profesor oleh Yang di-Pertuan Agong.

Gelaran tertinggi itu dikurniakan kepada ahli akademik yang memberikan sumbangan bernilai kepada masyarakat serta kemajuan Malaysia.

Satu-satunya tokoh yang pernah menerima gelaran profesor diraja ialah Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid pada 1978. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Gaji minimum bukan gaji permulaan untuk semua pekerja – Steven Sim
Next: Sultan Nazrin berkenan pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.