Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tan Kai persoal pengetahuan Michael Kong
  • TEMPATAN

Tan Kai persoal pengetahuan Michael Kong

Utusan Sarawak 12 months ago
PENGERUSI MPP, Tan Kai menyerahkan surat petisyen penduduk Taman Kalien daripada Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin Michael Kong kepada pihak Bahagian Jurutera JKR, Liew Ming Chek.

KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Kaunselor Tan Kai menegaskan bahawa penyelenggaraan Jalan Sungai Tapang tidak terletak di bawah bidang kuasa pihak majlis sebaliknya di bawah kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR).

Mengulas lanjut perkara itu, Tan Kai berkata, petisyen yang ditandatangani 77 penduduk Taman Kalien di Jalan Sungai Tapang, Kota Sentosa yang diserahkan kepada Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin Michael Kong kepada MPP pada 16 Mei lalu, telahpun diserahkan kepada pihak Bahagian Jurutera JKR, Liew Ming Chek.

Sungguhpun telah lama berkhidmat, katanya, Kong masih gagal mengetahui bahawa penyelenggaraan jalan adalah di bawah tanggungjawab JKR, bukannya pihak majlis.

“Kong perlu menyemak fakta dan tidak menyasarkan MPP tanpa sebab.

“Jika maklumat itu tidak berdasarkan fakta, maka ia pastinya bukan ulasan yang adil,” tegas Tan Kai menyelar tuduhan Kong mengatakan dirinya sebagai Pengerusi Majlis MPP melepas tangan dan tidak menangani perkara tersebut.

Terdahulu, Kong juga menyarankan agar Tan Kai harus mempertimbangkan untuk melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi MPP dan membenarkan individu yang lebih berdedikasi berkhidmat untuk rakyat bagi menggantikan kedudukannya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Kadir Dikoh terima Anugerah Khas Premier Sarawak sempena HAWANA 2024
Next: Parti politik jangan campur tangan pelantikan tuai rumah, ketua kampung – Tiong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.