Taman tema Ocean Park Hong Kong dibuka semula

Facebook
WhatsApp
OCEAN Park (gambar) dan Disneyland Hong Kong ditutup pada akhir Januari ketika pemerintah Hong Kong melaksanakan langkah kecemasan untuk mengawal penularan Covid-19.• Foto AFP

HONG KONG : Taman tema, Ocean Park Hong Kong dibuka semula pada Sabtu selepas empat bulan ditutup akibat pandemik Covid-19.

Semua pengunjung perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai penutup hidung dan mulut serta menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke taman tema tersebut.

Selain itu, pihak pengurusan turut menyediakan cecair pembasmi kuman di pintu masuk.

Untuk dua minggu berikutnya, kapasiti akan terhad kepada 9,000 pengunjung sehari.

Ocean Park dan Disneyland Hong Kong ditutup pada akhir Januari ketika pemerintah Hong Kong melaksanakan langkah kecemasan untuk mengawal penularan Covid-19.

Bagaimanapun, taman tema Disneyland Hong Kong  belum mengumumkan tarikh untuk dibuka semula.-AFP

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara