Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tabung Covid-19 terima RM22 juta
  • SEMASA

Tabung Covid-19 terima RM22 juta

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menerima sumbangan berjumlah RM4 juta daripada syarikat korporat untuk Tabung Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak RM22.6 juta.

Dalam acara ringkas yang diadakan di bangunan Perdana Putra, Telekom Malaysia Bhd yang diwakili Pengerusinya, Rosli Man menyampaikan sumbangan sebanyak RM2 juta.

Sunway Bhd yang diwakili Pengarah Urusan Sunway Property Development Malaysia & Singapore, Serena Cheah dan Ranhill Bhd diwakili Datuk Seri Kamarudin Ambok, masing-masing menyumbang RM1 juta.

Sementara itu, Muhyiddin turut menerima sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM2 juta daripada Western Digital Sdn Bhd yang diwakili Pengerusi Kumpulan (Operasi Malaysia) Datuk Syed Hussain Aljunid.

Muhyiddin pada 11 Mac, mengumumkan inisiatif kerajaan untuk melancarkan Tabung COVID-19 dalam membantu rakyat yang tidak bekerja dan terjejas berikutan dikuarantinkan, dalam bentuk kewangan.

Dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), sumbangan boleh disalurkan kepada akaun 16010001138714 (Bank Muamalat – Tabung Bantuan Bencana Negara). – Bernama

Continue Reading

Previous: Empat PBT dalam zon merah Sarawak
Next: 9 lokasi pedalaman Sarawak tidak dipinggirkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.