Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tabung Baitulmal Sarawak komited hulur bantuan kepada mangsa banjir
  • SEMASA

Tabung Baitulmal Sarawak komited hulur bantuan kepada mangsa banjir

Utusan Sarawak 3 months ago
SERAH… Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie menyerahkan bantuan kepada Razanah Mokhtar.

KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) komited untuk mengurangkan beban mangsa banjir dengan mengagihkan bantuan kepada keluarga yang terjejas di Dewan Haji Kamaruddin Ahmad, Kampung Segedup, Batu Kawa di sini, hari ini.

Majlis penyerahan bantuan itu disampaikan oleh Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie.

TBS menerusi satu kenyataan berkata, sebanyak 101 pakej bantuan yang terdiri daripada bantuan kotak makanan dan air mineral telah diagihkan kepada mangsa banjir melalui Program Memantapkan Kebajikan Ummah.

”Setakat 30 Januari 2025, sebanyak 1,269 pakej bantuan telah diagihkan kepada 24 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM87,936.10,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, katanya pada 2024, TBS telah mengagihkan sebanyak RM111 juta kepada asnaf-asnaf yang layak melalui empat program utama.

Antara empat program utama itu termasuklah Program mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Peningkatan Kemahiran Ummah.

Turut hadir pada majlis ialah Ketua Kampung Segedup, Razanah Mokhtar dan pegawai agensi yang terlibat.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Next: Banjir bukan insiden sebalik amaran infrastruktur sedia ada perlu diperkukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.