Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tabika, Taska bina hubungan erat
  • TEMPATAN

Tabika, Taska bina hubungan erat

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH … Kennedy Chuk Pai Ugon menerima cenderamata sebagai kenangan.

BELAGA: Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak menerusi Tabika dan Taska bukan sahaja berfungsi memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak tetapi juga memainkan peranan penting dalam membina hubungan erat dengan ibu bapa atau penjaga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chuk Pai Ugon berkata, ini bagi memastikan kesinambungan pendikan awal kanak-kanak ini hingga ke rumah masing-masing.

“Hubungan rapat di antara institusi pendidikan dan ibu bapa mahupun penjaga penting dalam usaha memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Siri-2 Tahun 2020, N.66 Murum, Parlimen P.216 Hulu Rajang anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah Belaga yang telah diadakan di Dewan Uma Kulit Sg. Asap, Belaga.

Program tersebut telah disertai oleh 48 kelas Tabika KEMAS dan 2 kelas Taska KEMAS dari DUN N.66 Murum yang melibatkan kakitangan KEMAS dan juga ibu bapa serta penjaga.

“Program seumpama ini juga akan mewujudkan kesinambungan pendidikan awal kanak-kanak di Tabika dan di rumah,” katanya.

Sehubungan itu katanya, secara tidak langsung juga akan memberikan kefahaman kepada ibu bapa mahupun penjaga mengenai peranan dan tanggungjawab mereka.

“Program ini telah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa dan penjaga yang terlibat dalam bersama membentuk perkembangan awal kanak-kanak dari aspek sosial, emosi, fizikal, intelek dan rohani mereka,” katanya.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pegawai KEMAS Daerah Belaga, Hubong Uyo.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: GPS yakin pertahan lapan kerusi Bidayuh
Next: 16 sekolah layak terima Anugerah SERASI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.