Syarikat penerbangan alami kerugian AS$53 bilion susulan konflik Asia Barat

Facebook
WhatsApp
SYARIKAT penerbangan global menanggung kerugian besar susulan konflik di Asia Barat. Gambar hiasan.

MOSCOW: Kerugian yang dialami akibat pencerobohan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran berjumlah sekitar AS$53 bilion bagi 20 syarikat penerbangan tersenarai awam terbesar, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik laporan Financial Times berdasarkan pengiraannya sendiri.

Eksekutif syarikat penerbangan memberi amaran mengenai kesan yang berpunca daripada kenaikan harga minyak yang berterusan, gangguan di lapangan terbang negara Teluk, serta potensi kesan terhadap permintaan global, tambah Financial Times.

Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, penumpang yang merancang perjalanan bagi laluan yang tidak berkaitan dengan Asia Barat akan berdepan kenaikan mendadak harga tiket ketika syarikat penerbangan cuba melindungi hasil pendapatan mereka, lapor akhbar berkenaan.

Pada 28 Februari, AS dan Israel mula menyerang sasaran di Iran, termasuk di Tehran, yang menyebabkan kerosakan dan kematian orang awam. Iran telah melancarkan serangan balas ke atas wilayah Israel, serta sasaran aset AS di Asia Barat.

AS dan Israel pada mulanya mendakwa serangan ‘awal’  mereka adalah perlu untuk menangani ancaman yang dianggap berpunca daripada program nuklear Iran, namun mereka kemudiannya menjelaskan bahawa mereka mahu melihat perubahan kuasa di Iran. – Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara