Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Syarikat bina jambatan atasi banjir kilat
  • TEMPATAN

Syarikat bina jambatan atasi banjir kilat

Utusan Sarawak 5 years ago
TANGGUNGJAWAB BERSAMA… Dr Abdul Rahman bersama (paling kiri) Hanisah daripada DID dan Syarikat Lee Ling Timber melihat kawasan anak sungai yang cetek dan penyumbang banjir kilat.

LIMBANG: Penglibatan syarikat swasta dalam membantu kebajikan rakyat amatlah dihargai.

Justeru itu, pembinaan jambatan balak oleh Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd di bawah tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) tahun ini dijangka mampu mengatasi masalah banjir kilat yang kerap melanda penduduk dan petani di Kawasan Jalan Kubong dan Stesen Pertanian dekat sini.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat Dan Kemajuan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail memberitahu kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan Kubong yang kerap dilanda banjir sebagai pusat pertanian utama di daerah itu.

Oleh itu, isu membabitkan masalah banjir kilat yang sering melanda Kampung Tegarai dan sekitarnya melibatkan Stesen Pertanian Kubong dijangka selesai apabila siapnya jambatan balak  bagi menggantikan jambatan kayu yang menyebabkan kawasan anak sungai tersumbat, katanya kepada media ketika melawat jambatan itu semalam.

Turut sama Jutera Bahagian Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Limbang, Hanisah Ahmad,  Pengawai Pertanian (Pembangunan) Bahagian Limbang, Jakaria Rambli dan Pengurus Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd Limbang, Kenneth Chieng Siong Woo.

ADUN Bukit Kota itu menjelaskan banjir kilat yang berlaku ketika hujan lebat menyebabkan sesetengah jalan di kawasan terbabit dinaiki air.

Melalui kesefahaman dan rasa tanggungjawab bersama, Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd bersetuju untuk membina sekali gus mengganti jambatan kayu yang sudah uzur kepada jambatan balak di kawasan Kampung Tegarai.

Pada masa yang sama, Kerajaan Sarawak melalui JPS sudah mengenal pasti punca berlakunya banjir kilat yang disebabkan anak sungai di kawasan kem pembalakan Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd Limbang tersumbat dan menjadi cetek.

Justeru, isu banjir kilat perlu ditangani segera kerana boleh menjejaskan golongan pekebun kecil dan usaha kerajaan untuk mengusaha sebahagian tanah terbiar di Stesen Pertanian Kubong melalui Taman Kekal Pengeluaran Makanan iaitu sistem fertigasi dan tanaman terbuka.

Jambatan tersebut apabila siap nanti juga akan menghubungkan Kampung Tegarai di Kubong dengan Kampung Pahlawan di Pandaruan.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Rakyat digesa kibarkan bendera S’wak
Next: Wakil rakyat GPS komited laksanakan tanggungjawab

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.