Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • S’wak model hidup harmonis
  • TEMPATAN

S’wak model hidup harmonis

Utusan Sarawak 5 years ago
TERTARIK… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menunjukkan replika bangunan Projek UNIFOR kepada para wartawan semasa menghadiriMajlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks UNIFOR di Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Pembinaan kompleks Unit Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) adalah lambang perpaduan dan komitmen kerajaan Sarawak dalam mempraktikan dasar inklusif kepada semua kaum dan agama di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dengan mendirikan kompleks UNIFOR ini, Sarawak akan terus menjadi model contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

“Sarawak bertuah kerana mempunyai unit yang menjaga kebajikan serta kehendak agama-agama lain di negeri ini.

“Kompleks yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM70 juta ini adalah manifestasi kukuh kerajaan Sarawak yang amat memberikan penekanan menyeluruh kepada mendengar permasalahan rakyat dan merapatkan jurang perbezaan dalam semua aspek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks UNIFOR di Jalan Ong Tiang Swee, semalam.

Tambahnya, penubuhan UNIFOR telah menarik perhatian Kerajaan Persekutuan untuk lebih mendalami struktur pentadbiran unit ini.

“UNIFOR berfungsi sebagai wadah kerajaan dalam menyampaikan hasrat dan kehendak kerajaan dalam menyatupadukan rakyat,”ujarnya.

Bangunan setinggi 10 tingkat ini didirikan di tanah seluas 3.5 ekar dan dilengkapi dengan dua tingkat pusat konvensyen dengan kemudahan yang terkini.

Ia juga akan menjadi bangunan kekal Pejabat UNIFOR serta akan menempatkan agensi dan jabatan kerajaan yang lain.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Bertanggungjawab ke atas UNIFOR, Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: 16 penyelam sertai Bengkel Terumbu Karang
Next: Jangan lokek ilmu – Fatimah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.