Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • S’wak komited lahirkan atlet mampu ‘menyinar’
  • SUKAN

S’wak komited lahirkan atlet mampu ‘menyinar’

Utusan Sarawak 3 years ago

TERBAIK… Dato Sri Dr. Sim Kui Hian bergambar bersama atlet skuasy Sarawak selepas menyaksikan perlawanan akhir acara skuasy SUKMA Ke-20 melibatkan atlet Sarawak di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, semalam.

SARAWAK komited dalam melahirkan atlet-atlet sukan yang mampu menyinar di kejohanan seperti Sukan Malaysia (SUKMA)

Timbalan Premier Sarawak, Prof Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, ia dapat dicapai kerana negeri inimempunyai persatuan sukan yang komited selain dilengkapi fasiliti sukan yang baik serta sokongan padu dari penaja. 

“Sejak bertahun, walaupun populasi di Sarawak hanya kecil namun kita secara konsisten melahirkan atlet yang mempunyai standard berkualiti.

“Ini dicapai kerana gabungan beberapa aspek seperti memiliki pengamal sukan yang komited, mempunyai fasiliti sukan dan mempunyai tajaan,” katanya kepada media selepas menyaksikan perlawanan akhir acara skuasy SUKMA Ke-20 melibatkan atlet Sarawak di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, semalam.

Tambahnya lagi, setiap pihak boleh menyumbang untuk memajukan arena sukan di Sarawak dan tidak meletakkan tugas itu di bahu Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) sahaja.

Katanya, Kerajaan Sarawak meletakkan fokus untuk menjadikan setiap rakyat di negeri ini sihat dengan cara bersukan.

“Setiap orang boleh menyumbang dalam sukan seperti pusat-pusat komersial, majlis sukan dan sebagainya,” katanya.

Continue Reading

Previous: Olahraga menutup tirai kelmarin
Next: Perjuangan belum selesai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.