Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Suri rumah rugi RM126,910 terpedaya tawaran kerja sambilan dalam talian
  • JENAYAH

Suri rumah rugi RM126,910 terpedaya tawaran kerja sambilan dalam talian

Utusan Sarawak 3 hours ago
KERJA yang diperkenalkan dalam talian untuk memperdaya mangsa.

KOTA SAMARAHAN: Seorang suri rumah berusia 54 tahun kerugian RM126,910 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian yang kononnya menawarkan pekerjaan dari rumah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Barry William berkata, mangsa tertarik dengan iklan di Facebook ‘Pusat Kraftangan Malaysia Wang Ing’ sebelum dihubungi melalui aplikasi Messenger dan WhatsApp oleh seorang individu yang dikenali sebagai ‘Cikgu Liew.’

“Suspek mendakwa mewakili syarikat Nikko Packaging Co Ltd dari China dan menawarkan kerja sambilan dari rumah iaitu memasang tag pada getah rambut dengan bayaran RM4,000 bagi setiap kotak yang berjaya disiapkan,” katanya hari ini.

Menurutnya, mangsa dijanjikan akan menerima empat kotak mengandungi tag dan 2,000 getah rambut untuk disiapkan di rumah.

“Bagaimanapun, suspek meminta mangsa membuat pelbagai bayaran termasuk caj penghantaran, wang jaminan, komisen akauntan serta kos import,” katanya.

Barry berkata mangsa telah membuat 48 transaksi pindahan wang berjumlah RM126,910 ke beberapa akaun bank berbeza antara 1 April hingga 15 Mei tahun ini menggunakan wang simpanan dan pinjaman.

“Walaupun semua bayaran telah dibuat, mangsa tidak pernah menerima barangan yang dijanjikan dan masih diminta membuat bayaran tambahan,” katanya.

Beliau berkata mangsa akhirnya menyedari dirinya ditipu sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati hati dengan tawaran kerja sambilan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan dan memerlukan bayaran pendahuluan.

“Orang ramai disaran membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa berkaitan dan tidak membuat pembayaran kepada individu atau akaun yang tidak dikenali,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Wanita rugi RM370,000 diperdaya sindiket penipuan telefon di Kuching
Next: Dua lelaki ditahan bersama 17 katrij vape disyaki mengandungi ganja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.