Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Surau Darul Muafiqin Taman Seroja Indah akan terus dinaik taraf
  • Tengah
  • WILAYAH

Surau Darul Muafiqin Taman Seroja Indah akan terus dinaik taraf

Utusan Sarawak 2 months ago
MOHAMAD Duri sedang melakukan perbincangan dengan pihak kontraktor dan pengurusan Surau Muwafiqin Taman Seroja Indah berkaitan projek naik taraf surau tersebut hari ini. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Surau Darul Muafiqin Taman Seroja Indah akan terus dinaik taraf melalui peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang dilaksanakan pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, berkata sebelum ini bangunan surau tersebut juga telah berjaya dinaik taraf dan kini proses seterusnya adalah membina pagar dan kerja-kerja yang berkaitan.

“Setelah bangunan utama Surau Darul Muafiqin Taman Seroja Indah siap dilaksanakan melalui RTP, fasa seterusnya tahun ini juga melalui projek RTP adalah membina pagar dan kerja-kerja yang berkaitan dan ia dilaksanakan oleh kontraktor yang di lantik menerusi proses cabut undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong,” katanya.

Mohamad Duri pada hari ini sempat meninjau perkembangan terkini projek tersebut dengan bertemu pihak kontraktor yang tengah melaksanakan proses naik taraf pagar bagi Surau Darul Muafiqin Taman Seroja Indah.

“Sedikit penerangan daripada kontraktor mengenai status kerja yang kini sedang dijalankan dan menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh kontraktor supaya projek tersebut siap mengikut masa yang telah ditetapkan,” katanya.

Jelasnya, beberapa surau lain di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka juga kini sedang giat dilaksanakan melalui projek RTP. 

“Dengan komitmen tinggi kerjasama Pusat Khidmat ADUN Kalaka, kontraktor yang dilantik dan agensi pelaksana projek tersebut, ia akan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan supaya masyarakat setempat di kawasan DUN Kalaka dapat melaksanakan ibadah dengan selesa,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bantu persiap lepasan SPM, STPM rancang laluan kerjaya
Next: Kunjungan ‘Ngabang Rayau’ tradisi eratkan ikatan sempena Aidilfitri    

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.