Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Surau Darul Ikhlas siap November ini
  • TEMPATAN

Surau Darul Ikhlas siap November ini

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Datuk Lee Kim Shin (baris depan, empat kanan) bersama yang lain merakamkan gambar selepas meninjau projek pembinaan Surau Darul Ikhlas Kampung Senadin Jaya, Lutong,semalam.

MIRI : Projek pembinaan Surau Darul Ikhlas Kampung Senadin Jaya, Lutong bernilai RM600,000 di Senadin di sini, dijangka siap sepenuhnya pada  November ini.

Menteri Pengangkutan  yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin berkata kerja-kerja pembinaan dijalankan sejak 3 Mei tahun lalu kini telah 97 peratus siap.

“Apabila siap kelak, surau ini mampu menampung lebih ramai jemaah pada satu-satu masa.

“Ini disebabkan surau lama yang dibina pada tahun 1991 tidak dapat menampung jumlah penduduk di Kampung Senadin Jaya  yang semakin bertambah dan lokalitinya tidak sesuai kerana ruang parkir yang sempit,” katanya selepas meninjau projek pembinaan surau tersebut, semalam.

Lee berkata, surau baharu itu dibina atas permohonan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ahli Jawatankuasa Surau Darul Ikhlas yang dipohon melalui Jabatan Agama Islam (JAIS) Miri dan dengan bantuan beliau,  Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM600,000 untuk tujuan pembinaan surau baharu itu.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Atasi masalah kekurangan pemandu pelancong
Next: TUJUH LAGI LANGKAH TAMBAHAN BKSS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.