Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SUPP komited majukan infrastruktur rumah panjang di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

SUPP komited majukan infrastruktur rumah panjang di Sibu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PERIKSA…Wong Ching Yong (lima kanan) bersama yang lain semasa meninjau tapak pembinaan Rumah Pop di Sibu.

SIBU: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Wong Ching Yong bersama-sama dengan Pengerusi SUPP Cawangan Sibu Jaya Kapitan Kong Sing Ping dan Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Jason Tay telah melawat Rumah Steve Chaong dan Rumah Pop Chendang di sini pada Sabtu.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memajukan rumah panjang berkenaan, sekali gus menunjukkan komitmen berterusan SUPP terhadap pembangunan infrastruktur luar bandar.

TURUN PADANG… Wong Ching Yong (tengah) merakamkan kenangan bersama penduduk Rumah Chaong di Sibu.

Semasa di Rumah Steve, Wong dan pemimpin lain membantu penduduk rumah panjang memohon pinjaman daripada Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak untuk menyokong pembinaan rumah panjang baharu.

“Permohonan ini melibatkan 20 pintu, dengan tujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan penduduk luar bandar, menyediakan persekitaran yang lebih selamat dan moden,” kata Wong dalam satu kenyataan.

Wong dan rombongan berinteraksi dengan penduduk rumah panjang, mendengar keperluan mereka dan berjanji untuk mempercepatkan proses yang diperlukan bagi memastikan rancangan pembinaan berjalan lancar.

BANTU RAKYAT… Wong Ching Yong (lima kanan) menerima permohonan berkaitan pinjaman perumahan daripada Chaong di Sibu.

Selepas itu, rombongan melawat tapak pembinaan Rumah Pop untuk memeriksa kemajuan projek.

“Rumah panjang ini telah berjaya mendapatkan pinjaman HDC dengan bantuan awal dan kerja pembinaan kini sedang berjalan lancar.

“Semasa lawatan, kami berkomunikasi dengan Tuai Rumah Pop dan penduduknya, memastikan projek berjalan mengikut jadual sambil memberi perhatian kepada kualiti pembinaan dan perkembangan keseluruhan,” jelasnya yang juga Timbalan Pengerusi MDLBS.

Lawatan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak dan SUPP terhadap peningkatan keadaan hidup penduduk rumah panjang, tetapi juga menunjukkan perhatian jangka panjang terhadap isu perumahan luar bandar.

Penduduk rumah panjang menyatakan penghargaan mereka terhadap sokongan kerajaan dan pemimpin tempatan, serta berharap rumah panjang baharu dapat disiapkan dengan segera untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti mereka.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kempen Derma Darah Sedunia berjaya kumpul 18,350 mililiter darah
Next: Lumba haram, merempit, JKJR Bahagian Limbang ambil langkah serius

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.