Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SUPP Bawang Assan hantar sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Hilir
  • Tengah
  • WILAYAH

SUPP Bawang Assan hantar sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Hilir

Utusan Sarawak 8 months ago
SUMBANGAN… Lau (enam, kiri) menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Hilir.

SIBU: Pasukan Pembangunan Masyarakat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bawang Assan tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Hilir.

Ketua pasukannya, Kaunselor Kevin Lau berkata, bantuan berupa barangan keperluan seperti beras, biskut, mi dan pakaian bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.

“Walaupun kami dari kawasan Bawang Assan, kami tetap mengambil berat terhadap masyarakat Kampung Hilir yang terjejas teruk akibat kebakaran ini.

“Kami prihatin terhadap nasib masyarakat Melayu di sini dan berharap mereka terus kuat dan bersabar dalam menghadapi dugaan ini,” katanya.

Beliau berharap sumbangan tersebut dapat membantu mangsa memulakan langkah awal untuk meneruskan kehidupan selepas kehilangan tempat tinggal.

Kejadian kebakaran pada Ahad lalu menyebabkan lebih 130 penduduk kehilangan rumah dan tempat tinggal mereka, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa. 

Setakat ini, mangsa ditempatkan di pusat penempatan sementara dengan bantuan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut tampil menyumbang keperluan harian.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 136 warga Tadika Methodist Nyelong Park sertai latihan bersama bomba
Next: Orang awam kehilangan saudara mara, sila buat pengecaman mayat terapung tanpa identiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.