Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sunathon Khatan 2025 dianjurkan pada skala besar
  • Selatan
  • WILAYAH

Sunathon Khatan 2025 dianjurkan pada skala besar

Utusan Sarawak 4 months ago
SIMBOLIK… Dayang Noorazah Awang Sohor melalukan simbolik perasmian menghiris kambing golek bakar.

SIMANGGANG: Program Sunathon Khatan pada 2025 akan dianjurkan pada skala yang lebih besar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata pada tahun ini pihaknya akan meneruskan program itu dan akan terbuka kepada semua kanak-kanak di kawasan DUN N.28 Lingga.

“Penganjuran Program Sunathon Khatan pada tahun ini (2024) telah diadakan di Masjid Bandar Sri Aman, jadi pada tahun depan iaitu pada bulan Februari semasa cuti sekolah kita akan anjur program ini sekali lagi yang akan diadakan di Lingga.

DAYANG Noorazah Awang Sohor hadir pada majlis Santai BBQ anjuran Rakan Seperjuangan Rekreasi dan Sosial, JKKK Kawasan Ladong/Stumbin.
KENANGAN… Dayang Noorazah Awang Sohor merakamkan gambar bersama barisan KMKK Kawasan Ladong/Stumbin.

“Kepada ibu bapa dan penjaga di kawasan DUN Lingga, saya berharap ambillah peluang ini dan borang boleh didapati di Pejabat Pusat Khidmat DUN Lingga bermula minggu depan.

“Pihak kita juga turut menjemput ibu bapa dari kawasan Kampung Muhibbah, Taman Harmoni dan kawasan perumahan sekitarnya untuk menghantar anak-anak mereka menyertai program yang akan diadakan sempena cuti sekolah ini nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Santai BBQ anjuran Rakan Seperjuangan Rekreasi dan Sosial, JKKK Kawasan Ladong/Stumbin di Dewan Serbaguna Kampung Hilir Simanggang, malam tadi.

DAYANG Noorazah Awang Sohor meraikan sambutan hari jadi Ketua Kampung Masjid Baru Sri Aman, Husaini Abu Talip.

Dayang Noorazah berkata program yang bakal dianjurkan itu adalah bertujuan menghidupkan semula budaya berkhatan secara beramai-ramai yang sudah lama tidak dipergiatkan selain membantu meringankan beban ibu bapa pelajar.

“Program itu bukan sahaja memberi perkhidmatan berkhatan kepada peserta malah membantu meringankan kos perbelanjaan untuk mereka mendapatkan perkhidmatan itu di klinik kerajaan ataupun swasta,” katanya.

Dayang Noorazah dalam pada itu menjelaskan pihaknya akan bekerjasama dengan agensi kerajaan bagi menyediakan tapak jualan bazar Ramadan.

“Pihak kita iaitu Pusat Khidmat DUN Lingga akan mencari lokasi yang sesuai untuk tapak bazar Ramadan dan pihak kita juga akan memberikan harga istimewa kepada para peniaga untuk sewaan tapak tersebut,” katanya.

Turut hadir, Temenggung Mohamad Shah Achang, Pemanca Abang Norin Abang Norudin, Penghulu Rosli Ana, Penghulu Wan Amit Wan Kamil, Timbalan Ketua PBB Cawangan N28 Lingga, Suhaidi@Roslan Los dan Ketua Pemuda Pergerakan PBB Cawangan N28 Lingga, Abdul Rahim Jamil.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tangani masalah banjir bermusim
Next: KRT Taman Harmoni disertai pelbagai etnik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.