Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sultan Mizan berangkat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah
  • SEMASA

Sultan Mizan berangkat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SULTAN Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengaminkan doa ketika memberi penghormatan terakhir terhadap jenazah Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda bersama anakanda, Tengku Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mud’az pada 11.39 pagi disambut menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin di hadapan pekarangan Dewan Solat Utama Masjid Negara.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir pada Istiadat Pengebumian Negara bekas Perdana Menteri itu ialah beberapa pemimpin negara dalam dan luar termasuk Menteri Kanan Singapura yang juga bekas Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Selain itu, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Jenazah bekas Perdana Menteri yang lebih mesra dengan panggilan ‘Pak Lah’ akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas solat zuhur.

Terdahulu, jenazah dibawa keluar dari kediamannya di Bait Badawi, persiaran Tuanku Jaafar sekitar 8.10 pagi untuk dikafankan dan disolatkan di Masjid Negara.

Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam semalam dan IJN dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Abdullah dimasukkan ke hospital pagi Ahad selepas mengalami kesukaran bernafas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Abang Johari ucap takziah kepada Tun Jeanne, keluarga atas pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi
Next: Pemergian Tun Abdullah satu kehilangan besar buat negara – Lee

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.